APAKAH IMPIAN HIDUP ANDA?
Pernahkah Anda Bertanya Kepada Diri Anda, “Apakah Yang Sebenar-Benarnya Anda Mahu Di Dalam Kehidupan Ini?”.Seriously…
Cuba Anda Pejamkan Mata Anda Sebentar, Tarik Nafas Dalam-Dalam.. Dan Kemudian, Tanya Diri Anda Di Dalam Hati.. “Apakah Yang Sebenar-Benarnya Anda Mahu Di Dalam Hidup Ini?”.
Ok!.. Cuba Buat Sekarang…
Ok.. Pejam Kan Mata Tu..
Pejamlah….
Pejam Den Kata.. Yang Ekau Baca Lagi Nie Buek Apo? Den Baling Kang Ngan Kuih Nie!!
Ho! Ho!..
Baiklah!.. Adakah Anda Dapat Menjawapnya?
Mungkin Jawapan Anda… Aku Inginkan Sebuah Kehidupan Yang Bahagia! (Eh?! Memanglah!.. Kan Semua Orang Nak Hidup Bahagia?)..
Persoalannya…. Adakah Hidup Anda Tidak Bahagia Sekarang? Eh! Bahagia Juga..
Abistu? Kenapa Nak Inginkan Hidup Bahagia Lagi? Kan Dah Bahagia Sekarang? Nak Bahagia Macam Mana Lagi?
Ho! Ho! Ho!…
Kebanyakkan Orang Mempunyai Impian Hidup Yang Kabur. Mereka Sebenarnya, Tidak Pasti Dengan Apa Yang Mereka Mahukan Di Dalam Hidup Ini. Mereka Ingin Hidup Bahagia.. Tetapi Bagaimanakah Rupa Kebahagiaan Itu?
Adakah Dengan Memiliki Rumah Yang Besar?
Adakah Dengan Memiliki Isteri Yang Cantik?
Adakah Dengan Memiliki Suami Yang Penyanyang?
Adakah Dengan Memiliki Anak-Anak Yang Soleh Dan Solehah?
Adakah Dengan Memiliki Wang Berjuta-Juta?
Bagaimanakah Kebahagian Hidup Yang Anda Inginkan? Anda Perlu Gambarkan Ia Dengan Jelas Di Dalam Minda Anda! Barulah Anda Boleh Mencapainya Suatu Hari Nanti.
Hidup Ini Adalah Seperti Suatu Perjalanan, Anda Perlu Tahu Dengan Lengkap Alamat Destinasi Yang Ingin Anda Tujui, Barulah Anda Boleh Menuju Kepadanya Dan Tiba Kepadanya. Jika Tiada Alamat Dan Destinasi, Bagaimana Anda Ingin Menuju Kepadanya?
Setiap Orang Mempunyai Matlamat, Impian Serta Destinasi Yang Berbeza-Beza. Apa Yang Penting, Anda Perlu Tahu Dengan Jelas.. Apakah Impian Hidup Anda. Tanpa Impian Hidup Yang Jelas, Anda Hanya Akan Terapung-Apung Tanpa Arah Dan Hanya Mengikuti Arus Kehidupan, Dan Ianya, Adalah Suatu Kehidupan Yang Sia-Sia.
Sekali Lagi.. Tarik Nafas Dalam-Dalam Dan Fikirkan Dengan Teliti.. “Apakah Yang Anda Mahu Di Dalam Kehidupan Ini?”.
Seriously, Soalan Ini Nampak Seperti Mudah.. Tetapi Ia Sebenarnya Bukanlah Semudah Yang Disangka, Ia Memerlukan Pemikiran Yang Amat Mendalam Dan Hati Yang Ikhlas Kepada Diri Anda Sendiri Untuk Menjawapnya…
Tak Perlu Menulis Jawapan Anda Disini.. Jawap Sahaja Di Dalam Hati Anda Dengan Ikhlas.. Usah Menipu Diri Anda Sendiri Tentang Apa Yang Anda Mahukan Sebenar-Benarnya Di Dalam Hidup Ini. Jawaplah Dengan Ikhlas… Insyallah , Ianya Akan Membawa Satu Semangat Baru Di Dalam Hidup Anda.
Wassalam.
P/S:- Bagi Yang Mahu Nampak Soleh & Solehah, Mungkin Mereka Akan Menjawap, “Saya Hanya Mahukan Ganjaran Syurga Allah Di Akhirat Kelak!”. Ya! Itu Sudah Semestinya! Ianya Adalah Impian Hidup Setiap Orang Islam, Tetapi.. Mengapa Perlu Hadkan Impian Hidup Kita Kepada 1 Impian Sahaja?
KENAPA ANDA BEKERJA?
Jika Ditanya, “Mengapakah Anda Bekerja?”.. Rata-Rata Akan Menjawap “Sebab Nak Duit Lah!”.“Nak Buat Apa Dengan Duit Tu?”…..
A. Untuk Sara Hidup ( Makan, Minum, Pakaian, Bil-Bil Rumah Dan Sebagainya)
B. Untuk Membayar Hutang ( Kad Kredit, Kereta, Motor, Personal Loan, Kedai Mamak)
C. Untuk Mendapatkan Sesuatu Yang Diimpikan Di Dalam Hidup Ini. (Kereta Mewah, Rumah Idaman, Melancong Dan Sebagainya)
D. Sebagai Hobi Untuk Memenuhi Masa Lapang, Serta Menjadikan Dunia Ini Lebih Baik.
Dari Kajian Yang Dilakukan, Mereka Yang Berumur 20-An Akan Menjawab A. Untuk Yang Berumur 30 An Pula, Akan Menjawap B, Dan Bagi Mereka Yang Berumur 40an… Mereka Akan Mula Berfikir Secara Mendalam Dan Bertanya Semula.. “Apakah Ini Yang Aku Benar-Benar Inginkan Dalam Hidup?”.
Dan Selalunya, Hanya Selepas Sesorang Itu Dapat Menjawap Soalan Tersebut, Barulah Beliau Akan Memilih Jawpaan C.
Jawapan D? Itu Hanya Untuk Otai-Otai Seperti.. Tiger Wood, Oprah Winfrey, Bill Gates Dan Yang Sewaktu Dengannya.
Jadi.. Cuba Try Tanya Diri Kita… “Kenapa Kita Bekerja Keras Hari Ini?”
Ada Sesiapa Ada Jawapan Yang Lain Selain Diatas? ..
4 TAHAP KEKAYAAN
Satu Lagi Info Menarik Yang Saya Perolehi Dari Bacaan Buku “The Secret Of Self Made Millionaire” Tulisan Adam Khoo, Ialah Mengenai 4 Tahap Kekayaan.1) KESTABILAN KEWANGAN
Tahap Kestabilan Adalah Tahap Pertama Di Alam Konteks Ukuran Kekayaan. Pada Tahap Ini, Anda Sudah Memiliki Kedudukan Kewangan Yang Stabil. Maksud Kewangan Yang Stabil Ialah, Anda Masih Boleh Menyara Kehidupan Anda Selama 6 Bulan Jika Anda Berhenti Kerja Pada Waktu Ini. Pendek Kata, Jika Perbelanjaan Anda Sebulan Ialah RM2,000… Dan Anda Sudah Mempunyai Simpanan Sebanyak RM12,000. Maka Anda Sudah Mencapai Tahap Pertama Kekayaan Ini, Iaitu, Kestabilan.2) KESELAMATAN KEWANGAN
Pada Tahap Ini Pula, Anda Sudah Mempunyai Nilai Aliran Tunai Yang Positif Yang Dapat Menampung Perbelanjaan Keperluan Asas Kehidupan Anda. Pendek Kata, Anda Sudah Boleh Berhenti Kerja Dan Pendapatan Pasif Income Anda Sudah Boleh Menampung Gaya Hidup Anda Yang Asas. Tetapi Jika Anda Tidak Mahu Berhenti Kerja, Hasil Pendapatan Daripada Perkerjaan Makan Gaji Anda Itu, Anda Boleh Gunakan Untuk Menambahkan Lagi Portfolio Pelaburan Anda Yang Seterusnya Akan Membesarkan Lagi Nilai “Cash Flow” Bulanan Anda.
3) KEBEBASAN KEWANGAN
Kita Sering Mendengar Perkataan “Kebebasan Kewangan”.. Tetapi Apakah Sebenarnya Yang Dimaksudkan Dengan Kebebasan Kewangan?. Menurut Adam Khoo, Anda Mencapai Tahap Kebebasan Kewangan Apabila, Pasif Income Yang Terhasil Daripada Aset Serta Pelaburan Anda.. Mampu Menampung Perbelanjaan Gaya Hidup Anda “Pada Masa Kini”. Sudah Tentunya, Ianya Agak Subjektif.. Setiap Orang Mempunyai Definasi Yang Berbeza Tentang Definasi “Gaya Hidup Masa Kini”. Walau Apa-Apa Pun, Pada Tahap Ini Anda Sudah Boleh Berhenti Kerja Dan Hidup Dengan Kehidupan Anda Yang Sederhana Pada Masa Kini (Berbanding Pada Tahap “Keselematan Kewangan”, Anda Hanya Boleh Hidup Pada Tahap Yang Asas-Asas Sahaja.
4) REZEKI MELIMPAH-RUAH (Financial Abundance = Kelimpahan Kewangan?)
Di Tahap Ini… Anda Sudah Boleh Berhenti Kerja Dan Goyang
Tapi, Pada Kebiasaannya, Orang Yang Sudah Mencapai Tahap Ini, Jarang Sekali Berhenti Kerja Dan Hanya Duduk Rileks-Rileks
Itulah Serba Sedikit Info Yang Dapat Saya Kongsikan Bersama Anda Hasil Pembacaan Saya. SO.. Boleh Renung-Renungkan, Anda Di Tahap Mana?
Kalau Nak Lebih Puas Hati.. Mungkin Anda Boleh Baca Sendiri Buku Karangan Adam Khoo Yang Berjudul “The Secret Of Self Made Millionaire” Ini, Boleh Dapatkan Secara Online Di Website MPH.. Saya Pun Beli Online Je Haritu.. Kalau Cari Kat MPH Yang Berdekatan, Memang Susah Skit Nak Jumpa. Buku Ini Stok Dia Terhad. Oh! Kalau Nak Beli Kat Web MPH Tu.. Kena Pakai IE, Kalau Pakai Firefox Dia Tak Jalan… Tak Tahu Kenapa..
Ok Lah! Itu Sahajalah Untuk Entry Kali Ini.. YOSH!…..
STRATEGI KEKAYAAN 1 : ASAS KEKAYAAN
Sebelum Itu, Ingin Saya Tegaskan, Ini Hanyalah Strategi Saya… Betul Bagi Saya Tidak Semestinya Betul Bagi Anda. Seperti Yang Pernah Saya Katakan Sebelum Ini… Untuk Menjadi Kaya, Bukanlah Hanya Satu Jalan.. Ada Banyak Lagi Jalan Yang Lain. Ini Adalah SALAH SATU Jalan Yang Saya Pilih Untuk Menuju “Dunia Kebebasan Kewangan”..Baiklah.. Anda Boleh Lihat.. Perkara Yang Paling Asas Untuk Mencapai Dunia Kebebasan Kewangan Adalah “Attitude & Belief”.
Sikap.. Adalah Komponen Yang Paling Asas Untuk Kita Mencapai Kejayaan Di Dalam Apa-Apa Bidang Sekalipun. Tanpa Memiliki Sikap Yang Baik Seperti, Usaha Gigih, Tidak Mudah Berputus Asa, Berfikiran Positif, Optimis Dan Sebagainya, Agak Sukar Untuk Anda Mencapai Kejayaan.
Adakah Anda Fikir.. Dengan Memilki Pemikiran Yang Negatif, Suka Bertelagah, Hasad Dengki, Tamak, Tidak Jujur Dapat Membantu Anda Mencapai Kejayaan Di Dalam Hidup Anda?
Usah Terkejut.. Jawapannya “BOLEH”… Tapi Malangnya.. Kejayaan Tersebut Biasanya Tidak Akan Kekal Lama. Cepat Anda Naik Dengan Membodek, Merasuah, Menabur Fitnah, Menikam Orang Dari Belakang Dan Sebagainya… Maka.. Akan Cepat Jugalah Anda Tersungkur Dan Tergolek Ke Bawah.
Jadi.. Perkara Pertama Yang Perlu Di Perbaiki Di Dalam Diri Jika Ingin Berjaya Adalah “SIKAP!”…
Sikap Yang Baik Adalah Penting, Bukan Sahaja Sebagai Asas Per”MULA“An Kejayaan Anda, Tetapi Ia Juga Penting Untuk Meng”KEKAL“Kan Kejayaan Anda.
Sebab Itulah Anda Boleh Lihat Drama-Drama Di TV, Ramai Orang Yang Bersikap Buruk, Tidak Akan Berjaya, Jika Berjaya Pun… Tidak Lama… Sekejap Je, Lepas Tu Sama Ada Akan Ditangkap Dan Dimasukkan Ke Dalam Lokap Ataupun Mati Ditembak Rakan Sepenjenayah. Memang Tak Lama.. 2-3 Episod Je Dia Berjaya, Episod Seterusnya Dia Akan Mengalami Tekanan Dan Akhirnya Ditangkap/Dibunuh/Menjadi Gila.
Perkara Ini Sebenarnyaâ Telah Allah Tunjukan Kepada Kita Menerusi Peristiwa Israk & Mikraj, Dimana, Sebelum Nabi Memulakan Perjalananya Ke Langit, Perkara Pertama Yang Allah Lakukan Terhadap Nabi Ialah Men”Cuci” Hati Baginda. Ini Menunjukkan Betapa Pentingnya Kita Memiliki Hati Serta Sikap Yang Baik Sebelum Memulakan Perjalanan Kita Untuk Mencapai Sesuatu Yang Diimpikan.
Perkara Asas Kedua Yang Paling Penting Pula Ialah “Kepercayaan”. Kepercayaan Anda Terhadap Diri Anda Sendiri Dan Juga Terhadap Dunia Kebebasan Kewangan.
Orang-Orang Yang Tidak Mempunyai Kepercayan Terhadap Diri Sendiri Dan Dunia Kebebasan Kewangan Seperti..
“Ala.. Aku Nie Kerja Kilang Je.. Macam Mana Lah Nak Jadi Kaya!”
“Tak Payahlah Susah-Susah Nak Jadi Kaya.. Semua Tu Perangkap Dunia Je Tu..”
“Buat Apa Jadi Orang Kaya.. Nanti Kena Rompak!”
Sememangnya Tidak Akan Menjadi Kaya. Mereka Langsung Tidak Mempunyai Kepercayaan Bahawa Diri Mereka Boleh Menjadi Kaya Dan Seringkali Memandang Kekayaan Itu Sebagai Sesuatu Yang Penuh Dengan Kejahatan Dan Tipu Daya.
Haikaktnya, Manusia Hanya Akan Bertindak Apabila Mereka Mempunyai Kepercayaan Terhadap Sesuatu Perkara…
Pernahkah Anda Bertanya… Mengapa Anda Mengerjakan Solat? Sebab Anda Percaya Allah Itu Wujud Dan Anda Percaya Anda Akan Mendapat Ganjaran Pahala Melakukannya..
Begitu Juga Dengan Agama-Agama Yang Lain, Bagi Agama Kristian, Mereka Percaya Dosa Mereka Akan Terhapus Apabila Mereka Meluahkan Kesilapan Mereka Kepada Paderi-Paderi Di Gereja.. Jadi Mereka Akan Melakukannya..
Dan Di Dalam Konteks Menuju “Kebebasan Kewangan”, Satu Kepercayaan Yang Perlu Ada Dalam Diri Anda Ialah..Kepercayaan Bahawa.. “Anda Boleh Menjadi Kaya!”..
Jika Kepercayaan Seperti Ini Tidak Ada Di Dalam Diri Anda.. Maka Usah Bermimpilah Untuk Anda Menjadi Kaya. Kerana, Kepercayaan.. Akan Menghasilkan Tindakan.
Kesimpulannya, Perkara Asas Yang Perlu Anda Miliki Untuk Menuju Dunia Kebebasan Kewangan Ialah, Mempunyai Sikap Yang Baik Dan Juga Kepercayaan Bahawa Kekayaan Itu Adalah Sesuatu Yang Baik Dan Anda, Mampu Memilikinya.
STRATEGI KEKAYAAN 2 : ILMU & KEMAHIRAN
Ok!.. Perkara Kedua Yang Terpenting Dan Perlu Dimiliki Untuk Mencapai Kebebasan Kewangan Ialah Ilmu & Kemahiran.. Ini Bermaksud Ilmu & Kemahiran Perlulah Seimbang.Dan Satu Perkara Lagi… Bentuk Ilmu & Kemahiran Adalah Segitiga Terbalik… Ia Sebenarnya Bermaksud. Pada Permulannya, Anda Perlukan Sedikit Ilmu & Sedikit Kemahiran, Tetapi, Apabila Anda Semakin Hampir Ke Tahap Kebebasan Kewangan.. Maka Semakin Banyaklah Ilmu Serta Kemaihran Yang Perlu Anda Miliki. Kedua-Dua Perkara Tersebut Adalah Penting Untuk Menyokong Kedudukan Anda. (Ilmu & Kemahiran Di Kiri Kanan, Ia Seperti Penyendal, Kurang Salah Satu @ Tidak Seimbang.. Maka Akan Sengetlah Kedudukan “Kebebasan Kewangan” Anda.. Silap Haribulan Boleh Runtuh..)
Secara Ringkasnya.. Itulah Yang Dimaksudkan Dengan Bahagian Ilmu & Kemahiran. Selain Dari Seimbang, Ia Juga Bermula Dari Sedikit Dan Kemudiannya Bertambah & Meningkat Dari Semasa Ke Semasa, Selari Dengan Peningkatan Tahap Kewangan Anda. Semakin Tinggi Tahap Kewangan Anda, Semakin Banyak Ilmu & Kemahiran Diperlukan.
Tetapi, Bila Bercakap Pasal Ilmu Dan Kemahiran… Ramai Orang Akan Tertanya-Tanya… “Iya Lah! Semua Orang Tahu Kalau Nak Kaya & Berjaya Perlukan Ilmu & Kemahiran.. Tapi Ilmu Banyak Jenis Ilmu.. Nak Kaya.. Ilmu Apa Yang Nak Kena Tahu? “
STRATEGI KEKAYAAN 3 : PENGURUSAN KEWANGAN
Ok..Untuk Bahagian 3 Ini, Saya Akan Menerangkan Tentang Ilmu Serta Kemairan Asas Yang Perlu Dimiliki Untuk Mencapai Kebebasan Kewangan.Ilmu Serta Kemahiran Asas Yang Perlu Dikuasai Untuk Menjadi Kaya.. Adalah “Ilmu Pengurusan Kewangan”…Semua Orang-Orang Yang Kaya.. Dan Terus “KEKAL” Kaya Mempunyai Ilmu Pengurusan Kewangan Yang Kukuh.
Tanpa Ilmu Pengurusan Kewangan Yang Kukuh, Amat Sukar Untuk Anda Menjadi Kaya… Malah Jika Jadi Kaya Pun, Ianya Hanya Akan Bersifat Sementara Sahaja… Contoh Paling Mudah Ialah Orang Yang Menjadi Kaya Disebabkan Menang Loteri, No Ekor, Dapat Pampasan Tanah, Harta Pusaka, MLM Piramid Dan Sebagainya. Mereka Ini Biasanya Memangâ Amat Lemah Di Dalam Menguruskan Kewangan. Jadi Tidak Hairanlah Jika Mereka Akan Kembali Kepada Keadaaan Asal Selepas Beberapa Tahun.
Sebut Mengenai Ilmu Pengurusan Kewangan Peribadi, Saya Selesa Untuk Memecahkannnya Kepada 6 Aspek…
1. Simpanan
2. Perlindungan Kewangan (Insurans)
3. Pengurusan Hutang
4. Tabung Pencen
5. Tabung Perubatan
6. Tabung Pendidikan Anak
Ada Beberapa Lagi Ilmu Pengurusan Kewangan Seperti Perancangan Cukai, Perancangan Aset Pelaburan, Perancangan Wasiat Dan Sebagainya.. Tetapi Ilmu-Ilmu Yang Itu, Saya Lebih Suka Letakkannya Pada Bahagian “Perniagaan” & “Pelaburan” Nanti..Untuk Pembinaan Dasar Kepada Kebebasan Kewangan Ini, Cukuplah 6 Aspek Ilmu Kewangan Tersebut. Kesemua Aspek Tersebut, Perlulah Diketahui Dan Dimahiri….
Kemahiran Yang Paling Kritikal Pada Tahap Ini Ialah Kemahiran “Simpan Duit”. Yer.. “Simpan Duit”, Sesuatu Yang Kelihatan Mudah Dan Agak Membosankan. Tetapi Realitinya… Ramai Yang Gagal Melakukannya..
Kemahiran Menyimpan Duit.. Bagi Saya Adalah Seperti Kemahiran Mengenal Huruf A , B , C… Jika ABC Pun Anda Tidak Tahu.. Bagaimana Anda Hendak Membaca(Berniaga)? Apatah Lagi Hendak Menulis Karangan (Melabur)? Sudah Pasti, Amat Jauh Sekali Lahâ Untuk Menulis Buku (Bebas Kewangan)….
Bahasa Mudahnya…… Jika Hendak Menyimpan Duit Setiap Bulan Pun Anda Gagal, Jangan Bermimpilah Untuk Menjadi Kaya… Ho! Ho! Ho!…
Untuk Menguasai Ilmu & Kemahiran Pengurusan Kewangan Ini… Ia Tidak Sukar Dan Tidak Memerlukan Belanja Yang Besar Untuk Menguasainya.. Hanya Perlukan Pembacaan Yang Banyak Untuknya… Alhamdulilah.. Kini, Sudah Banyak Buku Mengenai Pengurusan Kewangan Yang Berbahasa Melayu Di Pasaran.. Antaranya..
- Jutawan Dari Planet Jupiter – Azizi Ali
- Cukup Wang Hati Tenang – Hajah Rohani
“Tak Cukup Duit La” ,
“Gaji Kecik”,
“Anak Ramai”
“Mak Ayah Sakit”
“Handphone Rosak.. Kena Beli Baru”
“Hutang Banyak” Dan Sebagainya…
By Hook Or By Crook, Anda MESTI Simpan Duit! … Every Month… At Least 10% From Your Total Income
STRATEGI KEKAYAAN 4 : BERNIAGA
Setelah Mempunyai Asas Kepada “Pengurusan Kewangan” Yang Betul, Mempunyai Simpanan Dan Mempunyai Cash Flow Bulanan Yang Positif, Maka, Langkah Seterusnya Adalah Memulakan Perniagaan.Mengapa Perlu Berniaga? Sebab “Menyimpan” Wang Sahaja Tidak Akan Membuatkan Anda Menjadi Kaya. Wang Yang Ada Perlulah Digandakan Dengan Menjalankan Perniagaan.
Namun Begitu, Pastikan Anda Sudah Mempunyai “Reserve Fund” Yang Mencukupi. Paling Minimum Ialah 3 Bulan. Bermaksud, Jika Sara Hidup Anda Sebulan Ialah RM2,000 , Pastikan Anda Mempunyai Simpanan Sebanyak RM6,000 Sebagai Dana Simpanan Anda. Jangan Gunakan Wang Reserve Fund Ini Sebagai Modal Untuk Perniagaan Anda. Gunakan Wang Yang Selebihnya.
Jika Anda Hanya Ada Lebihan Sebanyak RM500, Maka Gunakanlahrm500 Itu Sebagai Modal Anda.. Jika Ada Lebih RM1,000 , Gunakan RM1,000 Untuk Modal Anda.. Dan Begitulah Seterusnya.
Persoalannya Kini, Perniagaan Apa Yang Hendak Dijalankan?…Perniagaan Apa Yang Paling Menguntungkan?
Untuk Ini, Anda Perlu Fikirkan Sendiri… Untuk Memulakan Sesuatu Perniagaan, Anda Memerlukan 4 Perkara Yang Bersesuaian Dengan Anda..
1) Modal – Berapakah Modal Yang Anda Miliki?
2) Masa – Berapa Banyak Masa Yang Anda Boleh Gunakan Untuk Menjalankan Perniagaan Anda? Part Time Atau Full Time?
3) Sumber – Sumber Bagi Produk Anda, Hasil Sendiri? Atau Daripada Pihak Lain?
4) Tenaga Kerja – Siapa Yang Akan Membantu Anda Untuk Memulakan Perniagaan Anda? Seorang Diri? Suami-Isteri? Adik-Beradik? Attendan Pam Minyak? Atau Makcik Jenab?..
Setiap Orang Mempunyai Keupayaan Yang Berbeza-Beza Bagi 4 Faktor Di Atas, Ada Orang Yang Banyak Modal Tetapi Tiada Masa. Ada Yang Banyak Masa Tetapi Tiada Modal Pula. Ada Sesetengah Pula, Mempunyai Produk Yang Baik, Tetapi Tiada Masa Dan Modal Untuk Memasarkannya.
Jadi, Fikir-Fikirkan… Contohnya, Anda Mempunyai Modal Sebanyak RM500 , Masa 4 Jam Sehari (8-12 Malam) , Sumber (Ada Kemahiran Membuat Produk, Tahu Tempat-Tempat Untuk Dapatkan Bahan2 Yg Murah) , Tenaga Kerja ( Sorang Diri Je Buat Masa Ini)…. Jadi Apakah Perniagaan Yang Boleh Anda Lakukan?
- Berniaga Pasar Malam?
- Kelas Tuisyen?
- Jual Burger?
- Baiki Komputer?
- Perniagaan Internet?
Anda Fikirkan Sendiri… Pilih Mana Yang Sesuai Dengan Situasi & Diri Anda.
Apa-Apa Pun, Sebelum Anda Memulakan Apa-Apa Perniagaan, Pastikan Anda Sudah Mempunyai Sedikit Ilmu Dan Kemahiran-Kemahiran Asas Di Dalam Menjalankan Perniagaan.
Jika Sebelum Ini Anda Sudah Mempunyai Ilmu Mengenai Pengurusan Kewangan, Kini, Tumpukan Pula Pencarian Ilmu Anda Kepada “Ilmu Perniagaan”, Banyakkan Membaca Buku-Buku Yang Berkaitan Dengan Perniagaan.
Antara Buku-Buku Yang Boleh Dibaca Adalah Seperti..
Dan Banyak Lagi… Selarikan Pencarian Ilmu Ini Dengan Perkembangan Perniagaan Anda. Kelak, Apabila Perniagaan Anda Semakin Berkembang, Semakin Banyak Ilmu Yang Perlu Anda Pelajari. Jika Sebelum Ini Anda Hanya Menjalankan Perniagaan Seorang Diri, Kelak, Anda Akan Memerlukan Perkerja Untuk Membantu Anda.. Maka, Pada Waktu Itu, Ilmu Pengurusan Sumber Manusia Juga Perlu Anda Ketahui Serba Sedikit, Begitu Juga Ilmu Mengenai Pengurusan Akaun, Pengurusan Stok, Ilmu Pemasaran Dan Sebagainya.. Semuanya Perlu Anda Ketahui & Pelajari Dari Semasa Ke Semasa..
Sebab Itulah.. , Bahagian “Ilmu & Kemahiran” , Semakin Lama Semakin Berkembang (Segitiga Terbalik).. Membawa Maksud, Semakin Lama.. Semain Banyak Ilmu & Kemahiran Yang Perlu Anda Ketahui Bagi Mencapai Tujuan “Kebebasan Kewangan”
STRATEGI KEKAYAAN 5 : PELABURAN
Selepas Mempunyai Perniagaan Yang Stabil, Langkah Yang Seterusnya Untuk Mencapai Dunia Kebebasan Kewangan Adalah Dengan Memasuki Bidang Pelaburan.Wang-Wang Yang Diperolehi Hasil Daripada Perniagaan, Bolehlah Dilaburkan Ke Tempat-Tempat Yang Dapat Memberikan Pulangan Yang Memberangsankan Seperti, Pelaburan Ke Dalam Unit Amanah, Saham, Hartanah Dan Juga Perniagaan.
Pelaburan Internet? Oh! Tidak Sama Sekali..!!
Namun Begitu, Sebelum Melaburkan Wang Anda Kemana-Mana Instrumen Pelaburan, Pastikan Anda Mempunyai Ilmu Yang Mencukupi Mengenainya. Pengurusan Risiko Juga Perlu Diambil Kira..
Jika Anda Seorang Yang Masih Muda(20-30an), Mungkin Anda Boleh Melaburkan Wang Anda Ke Dalam Instrumen Pelaburan Yang Dapat Memberikan Pulanganâ Yang Agak Tinggi Sedikit Seperti Pelaburan Saham.. Oh Yer! Sudah Pastinya, Pulangan Yang Tinggi Juga Bermaksud Risiko Yang Tinggi. Itu Adalah Hukum Pelaburan.
Tiada Pelaburan Yang Berisiko Rendah Tetapi Memberikan Pulangan Yang Tinggi. Jika Ada, Ianya Adalah Pelaburan Tipu-Tipu. (Contohnya, Pelaburan Internet).
Pulangan Tinggi, Risiko Pun Tinggi.
Pulangan Rendah, Risiko Pun Rendah.
Itu Hukum Alam Yang Perlu Anda Terima Apabila Membicarakan Tentang Topik Pelaburan. Itu Adalah Hakikat, Sama Seperti, Jika Anda Ingin Masuk Syurga, Anda Kena Mati Terlebih Dahulu Barulah Boleh Masuk Syurga.
Tapi Ramai Manusia.. Nak Masuk Syurga.. Tapi Takut Mati. How Come? Itu Yang Ada Minum Arak Dan Berfoya-Foya Di Rumah Pelacuran.. Konon-Kononnya.. Itulah “Syurga” Tanpa Perlu Mati.. Oh!
Dalam Kes Pelaburan… Syurga Palsu Itu Dipanggil … Skim Cepat Kaya.. Risiko Rendah Untung Besar..Konon-Kononnya Laa….Huh!
Bagi Mereka Yang Sudah Agak Berumur… Pelaburan-Pelaburan Yang Berisiko Rendah Mungkin Lebih Sesuai Untuk Mereka. Makumlah, Umur Dah Tua.. Kalau Hilang Duit Pelaburan Tu.. Manalah Larat Nak Kerja Lagi Untuk Cari Dan Kumpulâ Semula Duit Yang Hilang Tu. Dah Lah Dah Nak Pencen.. Kesian Pak Cik & Makcik Nie..
Jadi, Pelaburan-Prlaburan Yang Berisiko Rendah Seperti Fixed Deposit Dan Unit Amanah Agak Sesuai Untuk Golongan-Golongan Yang Berumur Ini.
Selain Faktor Umur, Faktor “Tujuan/Objektif” Pelaburan Juga Perlu Diambil Kira., Pelaburan Yang Dijalankan Adalah Bertujuan Untuk Menambah, Mengagih Dan Juga Menstabilkan Sumber Kekayaan. Instrumen Pelaburan Yang Lebih Digemari Adalah Pelaburan Hartanah.
Ini Kerana, Selain Daripada Memberikan Pulangan Yang Agak Tinggi, Pelaburan Hartanah Juga Mampu Memberikan Pendapatan Secara Pasif Setiap Bulan Melalui Penyewaan.
Namun Begitu, Seperti Biasa, Ilmu & Pengalaman Perlulah Dimiliki Terlebih Dahulu. Tanpa Ilmu Yang Betul, Pelaburan Yang Sepatutnya Boleh Memberikan Keuntungan Yang Berganda, Akan Menyebabkan Kerugian Yang Berganda Pula.
Bulan Ini, Adalah Merupakan Bulan Yang Paling Sibuk Bagi Saya Pada Tahun Ini.. Selain Menyusun Strategi Perniagaan Untuk Tahun Hadapan.. Saya Juga Sedang Sibuk Melaburkan Diri Di Dalam “Ilmu Pengetahuan” Secara Fast Track. 2 Minggu Yang Lepas…. Saya Telah Menghadiri Mini Workshop Azizi Ali Tentang “Property Investment” Yang Diadakan Di Hotel Armada, Petaling Jaya. Satu Perkara Yang Menarik Yang Saya Pelajari Swaktu Di Dalam Workshop Tersebut.. Ialah.. Tentang “Mengekalkan Kekayaan”.
Satu Soalan Ditujukan.. “Apa Yang Buatkan Orang Kaya Terus Kekal Menjadi Kaya?.. “ Dan Mengapa.. Orang Miskin.. Yang Menjadi Kaya Dengan Tiba-Tiba.. (Biasanya Disebabkan Harta Pusaka, Dapat Pampasan, Menang Loteri, Join Skim Cepat Kaya Dan Sebagainya) .. Akan Menjadi Miskin Kembali, Seperti Mana Miskinnya Mereka Sebelum Ini, Selepas 2-3 Tahun. Why?
Ok… Tak Perlu Nak Teka-Teka.. Saya Bagi Jawapannya Terus…
Sebabnya… Mereka Tidak Ber“ILMU”.
Jika Ditanya Kepada Anda Sekalipun… Jika Anda Diberikan Wang RM1juta Sekarang Ini.. Apa Yang Anda Akan Lakukan Dengan Wang Tersebut?
Saya Nak Bayar Semua Hutang Saya…
Saya Nak Beli Rumah Besar Yg Siap Dengan Swimming Pool…
Saya Nak Beli Kereta Mewah 3 Biji..
Nak Tambah Isteri Sampai 4…
Nak Gi Haji…
Lepas Tu…
Saya Nak Simpan Skit Dalam Unit Trust..
Saya Nak Beli Beberapa Ketul Rumah Dan Sewakannya.. Apa Orang Jawa Kata Tu? Property Investment Kan?..
Ermm…. Lepas Tu.. Saya Nak Buat Modal Bukak Bisnes Skit..
Hah.. Itulah Yg Saya Nak Buat Kalau Ada 1 Juta…
Saham?.. Saham.. Saya Tak Berani Lah…. Saya Tak Pandai Main Saham…
Bagaimana? Rasa-Rasanya.. Jawapan Di Atas Tu Sama Tak Dengan Jawapan Anda.
Jika Dilihat.. Jawapan Di Atas Agak Bijak!.. Melabur Dalam Unit Trust.. Labur Dalam Property Investment, Bukak Bisnes.. Bijak Dan Kelihatan Bagus Bukan?
Dan Jika Anda Nak Tahu.. Itulah Yang Dilakukan Oleh Orang-Orang Yang Menjadi Jutawan Dengan Segera Dan Selepas Beberapa Tahun.. Menjadi Miskin Semula. (Oh! Ye Ker?)
Why Hah? … Tanya Anda Dalam Hati Pula Sekarang Ini.. Ho! Ho!.. Saya Tahu Apa Yang Anda Fikirkan.. Terrer Tak Saya? Cis!
Jawapannya Mudah… Sebab Mereka Tidak Mempunyai ILMU Yang Cukup.
Ya.. Mereka Ingin Melabur Dalam Unit Trust.. Tapi Unit Trust Yg Mana?
Ada Buat Pelaburan Dalam Hartanah!.. Tapi Hartanah Yang Bagaimana? Nak Melabur Dalam Hartanah Bukan Semudah Main Beli Sahaja… Ada Syarat2 Serta Ilmu2 Yang Perlu Diketahui.
Begitu Juga Bukak Bisnes.. Bukan Semudah Bukak Kedai Sahaja… Berbagai Ilmu Serta Selok Belok Menguruskan Kedai Dan Perniaagaan Perlu Dipelajari Sebelum Membukanya. Tanpa Ilmu Yang Betul Dan Mencukupi… Kekayaan Yang Dimiliki Akan Hilang Dalam Sekelip Mata.
Jadi.. Disini.. Pokok Pangkalnya… Ialah ILMU.
Jika Orang Yang Sudah Menjadi Jutawan Pun Masih Melabur Di Dalam Ilmu.. Apatah Lagi Orang Yang Belum Jadi Jutawan?
Berbalik Kepada Orang Yang Menjadi Kaya Sekelip Mata….. Alangkah Bagusnya Jika Sewaktu Mereka Menjadi Kaya… Mereka Berhasrat Begini..
“Dengan Duit Satu Juta Yg Saya Ada Ini.. Saya Nak Gunakan Ia Sedikit Untuk Melabur Di Dalam ILMU.. Saya Nak Pergi Seminar-Seminar Serta Mengupah Profesional Personal Coach Untuk Mengajar Saya Tentang, Bagaimana Hendak Menguruskan Dan Mengekalkan Kekayaan Yang Ada Pada Saya Ini!”…
Hakikatnya…. Semuanya Sibuk Nak Beli Rumah Besar, Kereta Besar Serta Bini Besar… Oh!
PELABURAN HARTANAH!
Bagaimana?.. Setiap Kali Anak Mereka Dilahirkan.. Mereka Akan Membeli Sebuah Rumah. Jika Sebelum Ini, Mereka Menyimpan Wang Setiap Bulan Di Bank Untuk Belanja Pendidikan Anak-Anak Mereka Di Masa Hadapan. Kini, Wang Tersebut, Digunakan Untuk Membayar Ansuran Bulanan Rumah Yang Dibeli..
Cukup 18-20 Tahun.. Apabila Anak-Anak Mereka Hendak Melanjutkan Pelajar Ke Luar Negara! Mereka Akan Jual Rumah Tersebut! (Kalau Tak Cukup Duit La).. Dan Untuk Makluman Anda!.
Yer!.. Saya Tahu.. Ramai Yang Tidak Mampu Untuk Melakukannya. Mana Ada Duit? Setiap Kali Dapat Anak.. Beli Rumah! Bangkrap La Den!…
Heh?! Bukankah Itu Alasan Yang Sama, Yang Diberikan Oleh Ibu Bapa Kita 20 Tahun Dulu Jika Ditanya Tentang Membuka Akaun Simpanan Untuk Setiap Anak Mereka Yang Baru Lahir?
Sebab Itu Saya Katakan… Kita Masih Belum Mampu Bersaing..
Jadi.. Fikir-Fikirkan…
P/S:- Saya? Tgh Sibuk Fikir, Mana Nak Cari Duit Untuk Buat Downpayment Rumah Yang Kedua.. Oh!
src='src='https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_gWoANxc7HmLcg567JiTEIQX1COr0YrpZD3-2D2UWGW5mZCIdPBL-DxDdvWKpfMs2Vdf8LLxw9jy-ktSEzFfvflS5PXh0xbratVi0F6EgWcqkLJFALf3oLWAju-RJApTEYxnHMkH6KA3B/s1600/train3.jpg' width='497'/>' width='497'/>




