Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image src='src='https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_gWoANxc7HmLcg567JiTEIQX1COr0YrpZD3-2D2UWGW5mZCIdPBL-DxDdvWKpfMs2Vdf8LLxw9jy-ktSEzFfvflS5PXh0xbratVi0F6EgWcqkLJFALf3oLWAju-RJApTEYxnHMkH6KA3B/s1600/train3.jpg' width='497'/>' width='497'/>

10 LANGKAH MENCAPAI KEBEBASAN KEWANGAN

  • Saturday, April 9, 2011
  • WINNERS TEAM
  • Labels:
  • 10 LANGKAH MENCAPAI KEBEBASAN KEWANGAN

    Hari Ini Saya Akan Tunjukan Bagaimana Orang Biasa Boleh Mencapai
    Kekayaan Dan Kebahagian.
    Saya Telah Lakukannya Dan Sekarang Adalah
    Masa Untuk Anda Pula. Saya Terbaca Satu Kajian Yang Mengejutkan Dimana Hampir 95% Rakyat Malaysia Yang Telah Berkerja Sepanjang Hidup Mereka Bersara Dengan
    Hampir RM5000 Sahaja Dibank!
    Cukup Mengejutkan! Jangan Menjadi 95% Yang Terpaksa Bergantung Kepada
    Kerajaan, Kebajikan Dan Sanak Saudara Untuk Hidup Dengan Selesa
    Selepas Bersara Kelak. Anda Perlu Bersedia Dari Sekarang. Sekarang, Apa Yang Perlu Kita Lakukan… Cari Tempat Yang Agak Sunyi Dan Biarkan Suara Hati Anda Bergetar.
    Apa Yang Anda Mahukan Sebaiknya Dalam Hidup Anda: Kebahagiaan, Kesihatan,
    Kewangan, Kebajikan Dan Sebagainya?

    Tuliskan Matlamat Untuk SEMUA Aspek Kehidupan Anda: Keluarga, Kareer,
    Sukan, Kerohanian Dan Seterusnya. Apa Yang Anda Rancangkan Dalam Masa
    1,2,3,5 Tahun Akan Datang. Kemudian TULISKAN Semuanya. Jangan Hadkan Fikiran Anda, Biarkan Imaginasi Anda Berputar Walaupun Ianya Nampak Seperti “Mustahil”. (Daripada Wira Kepada BMW 5 Siri!)
    Perkara Penting Yang Perlu Anda Ingati:
    * Tanpa Kebebasan Kewangan, Anda Akan Menjadi Hamba Kepada Duit.
    * Mencapai Kebebasan Kewangan Akan Mengambil Masa, Dedikasi Dan Kerja Keras…
    Tetapi Ianya Pasti Berbaloi Akhirnya.

    * Ingat, Wang Bukanlah Segalanya. Tetapi Semuanya Memerlukan Wang Pada
    Zaman Ini.
    Ingat Dengan Wang Kita Boleh Menolong Orang Yang Dalam Kesusahan.
    * Hampir Semua Orang Mempunyai Kebolehan Untuk Berjaya, Tetapi Hanya Sedikit
    Sahaja Yang Mempunyai Komitmen Untuk Berkorban Demi Mencapai Kekayaan.
    Masa Untuk Bertindak:
    1. Terima Hakikat Bahawa Anda Boleh Mencapai Kebebasan Kewangan Dan Buat
    Komitment Dalam Diri Anda Untuk Mencapainya. Ianya Dalam Gengangam Jika
    Anda Benar-Benar Mahukannya. Anda Mesti YAKIN – Itu Yang Paling Penting.
    Anda Akan Lihat Bagaimana Keajaiban Minda Anda Menolong Anda Nanti. Buangkan
    Jauh-Jauh Idea Bahawa Anda Mesti Bekerja Sampai Ke Tua.

    2. Tanya Diri Anda: Dimana Anda Berada Dalam Masa 2, 5, 10 Tahun Akan Datang?
    Buat Matlamat Yang Buat Anda Teruja. Jika Anda Ada Segalanya, Apa Yang Akan
    Anda Buat? Jika Anda Mempunyai Wang Yang Banyak Atau Anda Hanya Ada Sebulan
    Sahaja Untuk Hidup.. Apa Yang Akan Anda Lakukan? Tuliskan Semuanya.

    3. Bagaimana Kedudukan Kewangan Anda Sekarang. Berapa Duit Masuk Dan Keluar.
    Hutang Yang Belum Berbayar? Mana Yang Boleh Diperbaiki?

    4. Buat Matlamat BARU Untuk Tahun 2010. Buat Keputusan Apakah Langkah Yang Perlu
    Diambil Untuk Mancapai Matlamat Anda? Semua Matlamat Mestilah Tepat Dan Mempunyai
    Had Masa.
    5. Mulakan Simpanan Jika Belum (Walaupun RM50 Sebulan Di ASB! Mesti Buat!)
    Dengan Hanya Simpanan RM50 Setiap Bulan Di ASB, Wang Anda Akan Berganda Menjadi
    RM170,000 Dalam Masa 40 Tahun.
    6. Jimatkan Perbelanjaan Dan Simpan Wang Lebih. Cari Projek Atau Bisnes.
    Tip: Buat Sekurang-Kurangnya Satu Ebook “Bagaimana Untuk ….. ”
    7. Berikan Ganjaran Jika Sasaran Dicapai. Pergi Makan Angin Atau Belikan Yang
    Special Untuk Keluarga.
    8. Cuba Capai Matlamat Anda Dengan Apa Yang Ada. Dengan Semangat JITU Dan Tidak
    Mudah Menyerah Kalah Anda Pasti Akan Mencapai Semuanya. (Pasukan Bolasepak
    Malaysia Juara Juga Akhirnya Disukan SEA Selepas 20 Tahun Mencuba!)
    9. Hidup Dengan Seimbang: Dunia Dan Akhirat.
    10. Kesilapan Paling Besar Yang Boleh Kita Lakukan Ialah Menunggu UNTUK BERTINDAK
    Untuk Mengubah Kehidupan Anda Sekarang. (Ingat 95% Diatas, Jangan Jadi Seperti
    Mereka!). Bangun Dari Kerusi Anda Dan Lakukan Sesuatu.

    Akhir Sekali 3 PAKSI KEKAYAAN:
    (c) Copyright 2011 WINNERS TEAM. Blogger template by Bestblog2u
    Sponsored by WINNERS TEAM, TEAM JUTAWAN